Sunday, 31 March 2013

Paprik ayam


Bahan-bahan (a) :-
300 gm isi ayam(dipotong kecil)
3     camb cili (cili boh @cili kering yg dikisar)
3     camb kicap pekat

Bahan-bahan (b):-
1  biji bawang besar
3  ulas bawang putih
(dihiris nipis)
1  btg serai (diketuk)
3helai daun limau

Bahan-bahan (c):-
3  urat kacang panjang
5 biji baby corn
1 biji carrot
   bunga kobis (ikut kesukaa...)

2  camb air limau nipis
    perasa + garam = secukup rasa
2  camb minyak masak.
5  bji cili api
2  biji tomato(diptg 4@6)

caranya.....

1.Panaskan minyak,tumiskan bahan2 (b).naik bau(.. bawang kekuningan)
2.Letakkan bahan (a) dan kacau.Letakkan sedikit air(suku cawan)dan kacau sampai naik minyak.
3.Bolehlah dicampurkan bahan2 (c) kecuali bunga kobis krn mudah lembut.
4.Bila semua sayuran dah lembut bolehlah diletakkan sekali bunga kobis + tomato
5.Akhirnya bolehlah dicampurkan air limau nipis + cili api + perasa + garam = secukup rasa.

# ini cara saya....mudah n cepat.yg penting sedapppp!






Friday, 29 March 2013

aktiviti bersama anak-anak

  Biasanya kalau ayahnya bercuti....inilah aktiviti yg paling disukai.Dan semuanya berjangkit pada anak-anak hobi aktiviti memancing.Biasanya kat sungai atau kat kolam jer.Semuanya ada pulak tu bakat memasang umpan n cara baling umpan.Ibunyer...tgok jer.Nak pegang umpan pon...eeee,maap yer!Seronok juga layan ayahnyer n anak2 bersungguh2 menyiapkan pancing.Paling best bila umpan mengena....riuh rendah anak beranak.Ada yg menarik,ada pulak yg siap dgn sauk.Tetiba...ikan terlepas,adusss....ciannyer!Ada rezeki...adaler....Takpon dpt baling pancing pon jadi ler,hik!hik!Sekurang2nya dpt juga mengeratkan kasih sayang antara....kami,insyaallah.


ALHAMDULILLAH.....ini kepakaran ibunyer,utk anak2 jer!Dapatlah seekor utk dimasak ala2 3rasa.Semuanya dgn sekali hadap jer.

Thursday, 28 March 2013

mudah n sedap


BUBUR LAMBUK @BUBOQ KANJI

1/2  kg daging lembu     -   direbus terlebih dahulu(dicincang)
5     pot beras               -   dimasak lembik(dlm rice cooker)
bahan-bahan (a)
2  labu bawang besar -   dptg 4
4  ulas bawang putih -   
1  inci halia                -  dihirs kasar
3  camb udang kering
3  camb rempah kurma
-bahan2 (a) >> dikisar halus
2  ltr air biasa dicampur bersama air rebusan daging
3  camb minyak masak
1/2 ltr santan
-bahan penumis>> kayu manis,,buah pelaga,bunga lawang
-bahan perasa   >> garam
-bahan hiasan   >>bawang goreng,daun sup@daun bawang


caranya :-

1.Letakkan minyak dlm periuk - panas- tumiskan bahan2 penumis 
2.Bahan2 yg dikisar halus - pecah minyak
3.Air - mendidih - daging yg dicincang - nasi
4.Bila sudah agak kering dan nasi dah jadi bubur bolehlah diletakkan santan
5.Tambah perasa mengikut selera - mendidih-dah boleh dihidangkan.




*bubur lambuk @buboq kanji ni mmg fav.ini cara yg masak mudah dan cepat.Kalau surirumah mcm sy kerja umah tak henti2.so utk jimatkan masa kat dapur......nasi dimasak terlebih dahulu dlm rice cooker n daging direbus dlm slow cooker.takdelah buang masa nak tunggu daging utk empuk.daging pula kalu dlm slow cooker,cukuplah 2 @ 3 jam...kalu lama sgt nnt hancur pulak.dlm masa 1/2jam -45 minit dah siap.biasanya dimakan bersama daging yg digoreng kunyit,telur masin,lada hitam n kicap.pastu bolelah ditabur bawang goreng n daun sup@daun bawang.ini cara saya.....mungkin jugk ada cara yg lebih mudah simple dan yg penting sedapppp<3 selamat mencuba.




















Wednesday, 27 March 2013

minggu demam

....cuti sekolah penggal pertama dah 5hari berlalu.Cepat sungguh masa berlalu.Selasa minggu lepas dah bawa 3 org anak ke klinik kesihatan salak tinggi.Ada yg deman,batuk n selsema.Sampai ke arini berjangkit2 pulak pd yg lain.So cuti sekolah kali ini lebih byk menjaga anak2 yg tak sihat n memastikan ubat dimkn pd waktunya.

Sunday, 24 March 2013

Buat permulaan....

sebuah blog tentang hari2 yg dilalui buat tatapan agar ada yg boleh di buat iktibar atau sekadar kenangan buat anak2.Namun dgn berbagai situasi yg tak dpt dielakkan...blog itu terpaksa 'selamat tinggal'.Hari ini dgn semangat yg lebih 'positif'dimulakan dgn permulaa...Bismillahirahmannirahim....,
Indahnya hidup ini jika kita faham erti kehidupan.Apa jua yg dialami baik suka atau duka...itulah perjalanan yg telah ditakdirkan.Kepastiannya hendaklah berusaha dan berserah padaNya.Hanya Dia yg tahu segala hikmah yg berlaku disekeliling kita.....