Nasi ayam
-: nasi :-
bahannya:-
5 cawan beras
5 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih } bahan2 ini dihiris nipis
1/2 in halia }
3 camt serbuk kunyit
1 camt garam
5 camb minyak masak
sedikit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga } bahan penumis
sehelai daun pandan
caranya :-
1. Panaskan minyak.Tumiskan bahan2 yg dihiris nipis bersama bahan2
penumis serta daun pandan.
2. Kekuningan bahan2 tadi,bolehlah diletakkan air sebyk 8 cawan beras.
(gunalah air rebusan ayam ).
3. Tunggu hingga air mendidih,bolehlah diletakkan beras,serbuk kunyit
dan garam.
4. Kacau beras hingga kering air.
5. Tutup periuk nasi dan perlahankan api.Tunggu hingga nasi masak
sempurna.
*sekiranya dimasak dlm rice cooker
1. Panaskan minyak.Tumiskan bahan2 yg dihiris nipis bersama bahan2
penumis serta daun pandan.
2. Kekuningan bahan2 tadi,bolehlah dipadamkan api memasak.
3. Basuh beras . letakkan air rebusan 8 cawan beras dlm periuk 'rice
cooker',serta beras.
4. Campurkan bersama bahan2 yg telah ditumiskan tadi berserta serbuk
kunyit n garam.
5. Pastu bolehlah diletakkan didlm'cooker'.Tunggu jer ia masak....
-: AYAM :-
bahannya :-
1 ekor ayam
3 camb madu
1 camt garam
caranya :-
1. Bersihkan ayam.Buangkan kulit supaya perasanya sebati n sekata.
2. Rebuskan ayam tadi hingga separuh masak.angkat dan toskan.tunggu
tunggu hingga kering.
3. Lumurkan keseluruhan ayam bersama madu n garam.
4. Jemurkan ayam tadi,15 minit dibawah cahaya matahari.
5. Goreng dgn minyak yg byk.
-: Sup :-
bahannya:-
3 biji bawang merah }
1 ulas bawang putih } bahan2 utk diblender
1/2 in halia }
air rebusan(air yg digunakan semasa merebus ayam)
2 camb minyak masak.
garam
3 kiub chicken stock
caranya :-
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan2 yg telah diblender tadi.Kacau dlm 2 minit.
3. Letakkan air rebusan,chicken stock n garam.
4. Tunggu hingga mendidih.
5. Bolehlah diletakkan daun sup n bawang goreng-mengikut selera.
-: SOS :-
5 biji cili merah
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
garam + gula + perasa
air rebusan
caranya:-
1. Blender bahan2 diatas.campurkan semua.
2. Rebus.Tambah perasa mengikut selera.
-: KICAP :-
bahanya:-
5 camb kicap pekat
1/2 cawan kicap lemak manis
2 cawan air rebusan
caranya:-
campurkan semua bahan dan renehkan.tambahkan perasa mengikut selera.
#daun salad,tomato n timun bolehlah di tambah#



























No comments :
Post a Comment