Pages

Friday, 5 April 2013

pahitnyerrrrrr!

malam ni anak-anak semuanya tidur awal.So....dptlah relax sambil layan blog.semenjak disahkan ada kencing manis dan darah tinggi,cara pemakanan pon turut berubah.Orang disekeliling pon tak ketinggalan lebih ambil berat.Sebenarnya,bila diberi lebih perhatian terasa bersalahlah pulak!Rasa seperti menyusahakanlah plak!tapi itu bukanlah niatnya.....
Sebulan yg lalu....tiba-tiba kaki kiri membengkak dan berkudis,Dah umuq mcm ni,berkudis mcm budak2.Dah masuk hari ketiga,tak baik2 jgk.Gi klinik,doktor tanya ada kencing manis?....3 tahun lepas masa mengandung mmg ada  dan ambil insulin.Lepas tu terus tak check-up.Begitulah kalu dah sibuk dgn urusan anak2 n rumahtangga....diri sendiri pon dah terabai!
Tinggi sgt kandungan gula pd masa tu '21'.Start ambik ubat kencing manis + antibiotik + cream (utk disapu).Lepas habis antibiotik, kaki pon ok.Lepas 3hari......dua2 belah pulak jadi.So rujuk ke klinik kesihatan.Kali pertama pergi doktor bagi ubat.Tapi masa ni kandungan gula dah turun 8.3(byk ambil khasiat peria katak)...tapi kaki terus membengkak.Doktor nasihatkan rujuk ke hospital serdangSampai bahagian kecemasan.....dari pukul 4ptg sampai 8.45 mlm baru selesai.Setelah di x-ray...doktor sahkan bengkak n kudis ni bkn disebabkan kencing manis.Kena rujuk ke klinik pakar kulit.......Dah 2 minggu berlalu,alhamdulillah kaki dah bersih dan ok.Temujanji utk jumpa pakar belum dpt2 lagi,huhuh!
Mulakan pagi dgn 'buah tunjuk langit'(adoi!pahitnyerrrr).Setengah jam kemudian ubat hospital pulak(darah tinggi +kencing manis utk sebelum makan)-sarapan-(ubat kencing manis selepas mkn).Sebelum mkn tghari-collagen-.ptg ,susu kambing.sebelum mkn mlm n selepas pon ada ubat hospital yg perlu diambil.And....sebelum tidur,kunyah biji aprikot plak!....pahittttt.
Doakanlah agar semuanya ok utk check-up 17.4.2013 niiiiii,amin.

No comments:

Post a Comment