...3 tahun lepas iaitu 16hb April 2010,hati nie tgah berdebar2 menantikan giliran.Giliran.....utk dibedah.Oleh kerana 'suntikan'insulin yg diambik terlalu tinggi dgn darah tingginyer.....masuk jer 37 minggu kandungan,doktor ckp dah tak boleh tunggu lagi....
So,15hb dah admit kat wad.Ptg tu,kami2,'ibu'2 yg nak dibedah esoknya telah diberi 'taklimat'tentang pembedahan n cara 'biusnya.Juga dibawa utk 'beauty trim'.eh!apa plak tuu..Rupa2nya...dibawa ke satu bilik khas utk perut ni dicukur segala bulu roma.kih!kih!
Malam tu pon dah tak lena tidoq.Asyik sekejap2 'check'tekanan darah,pastu tgok kandungan gula....check jantung baby......
4.30 pagi,disuruh plak mandi,pastu semua dah siap kena pasang'urine bag'(bag air kencing)adoi!...lagilah dah tak selesa.Giliran pembedahan akan diambil pd kes yg paling berat dan termasuk yg kecemasan.Hari tu ada lebih kurang 10 org bakal ibu menanti utk 'dioperate'.
ALHAMDULILLAH....saya dpt no.2.Lebih kurang pukul 9.oopagi,aku telah'ditolak' masuk ke dewan pembedahan.Ya Allah...bertambah berdebar2 n sejuknya dlm bilik tu.Sebenarnya bili dimasukkan ke sana taklah terus dibedah.Dibiarnya aku lebih kurang 15 minit dlm satu bilik terlebih dahulusambil mengambil bacaan tekanan darah.Terasalah lebih tenang bila dah dpt sesuaikan dgn suhu dan keadaan dlm bilik tu.Lepas tu barulah dimasukkan didlm bilik pembedahan.
Cahaya dlm bilik tu suram jer....Ramai jgk kat dlm tu yg menanti aku.Doktor bedah bersama lebih krg 4 pembantu dan seorg doktor pemerhati.
Sebelum ni, ramai jgk cerita2 kesukaran n kesakitan semasa nak diberikan suntikan bius....tp alhamdulillah ,ok jer..Semasa suntikan diberi....2 org nurse tolong bangunkan aku yg dah terlentang kat atas katil bedah tu.Katil tu dgn aku...cukup2 jer.Kalau buat katil tidoq,mau sepuluh kali aku jatuh katil.Aku diberi bantal utk dipeluk kuat2 n suntikan itu diberi pad tulang blkg aku.Pastu dibaringkan aku semula....maka bermulallah.....
Lampu yg terang dipasang hanya menghala ke tempat utk dibedah.Pastu doktor tanya sakit tak?...bila doktor mula nak 'potong'perut aku.'Tak' jawab aku.Mmg tak sakit..tp mula2 tu mmg rasa spt dibelah.Pastu dah tak rasa ape2 cuma badan jer terasa goyang2.
Seorg nurse tu,bersiri kat ujung kepala aku...asyik bertanya macam2 n sembang2...sampai tak sedar
dah siap!Aku tgok jam masa tu lebih kurang 10.10 pagi
'waaaaargh'...garaunya suara!nurse tak nak ckp baby girl@boy?...lepas cuci n bersihkan baby,baru sorg nuse dtg tunjukkan kat aku.....ahhhh!'teloq'lagi.....ini adalah yg ke-7 lelaki yg aku lahirkan.Nasihat nurse tu....takpe lelaki pon asalkan sihat n selamat.Alhamdulillah......
Dgn beratnya 5.18kg....seminggu lepas tu baru dpt balik umah.Skrg berat badan dah normal n aktif.Selamat ulangthun ke-3,MUHAMMAD ILYAS ADAM<3<3<3,...moga jadi anak yg solah,berjaya dunia&akhirat.....amin.
No comments :
Post a Comment